Interrelasi Pengetahuan, Sikap dan Penglibatan Pelajar IPT terhadap Pembelajaran Jawi: Suatu Tinjauan Konseptual Berasaskan Model KAP
DOI:
https://doi.org/10.22452/jier.vol11no2.7Abstract
Kedatangan Islam telah membawa perubahan besar bukan sahaja dalam aspek akidah dan sosio-budaya, malah turut memperkenalkan Jawi yang kemudiannya menjadi asas penting dalam pembentukan tradisi persuratan Melayu. Namun begitu, kajian yang mengintegrasikan hubungan antara pengetahuan, sikap dan penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap Jawi tidak begitu meluas, apatah lagi yang berteraskan teori KAP. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kajian terdahulu berkaitan tahap pengetahuan, sikap, dan penglibatan pelajar IPT terhadap Jawi dengan berpandukan teori KAP (Knowledge, Attitude, and Practice). Artikel ini merupakan literature-based conceptual review yang menggunakan pendakatan kualitatif melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati penguasaan pengetahuan pelajar IPT terhadap Jawi masih berada pada tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan terhadap sikap menunjukkan respon yang positif mengenai kepentingan Jawi sebagai identiti budaya dan warisan keilmuan Islam. Sikap ini telah mendorong penglibatan aktif dalam aktiviti luar kelas seperti penyertaan kelab Jawi. Kajian ini membuktikan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan penglibatan pelajar terhadap Jawi sebagaimana yang dirumuskan dalam kerangka KAP. Oleh itu, kajian mencadangkan agar kursus Jawi ditawarkan secara meluas dan berstruktur di peringkat IPT serta diperkuatkan melalui aktiviti ko-kurikulum.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
The published manuscript shall be a copyright of the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. The published manuscript would not represent the stand or opinion of the Advisory Board, Editorial Board, Co-Editorial Board and the Management Team of Journal of Islamic Educational Research (JIER), or the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
Note: This is an open access journal which means that all content is freely available without charge to the user or his/her institution. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission from the publisher or the author. This is in accordance with the BOAI definition of open access.




