Syura dan Muhasabah dalam Kepimpinan Distributif oleh Guru Pendidikan Islam: Memperkukuh Komuniti Pembelajaran Profesional

Authors

  • Rumaizah Rahim Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Abd Aziz Rekan Faculty of Education and Sports Studies, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Malaysia.

Keywords:

Syura, Muhasabah, Kepimpinan Distributif, Komuniti Pembelajaran Profesional, Guru Pendidikan Islam

Abstract

Artikel ini membincangkan secara konseptual pengintegrasian nilai-nilai Islam, khususnya syura (musyawarah) dan muhasabah (refleksi kendiri), dalam memperkukuh pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) melalui pendekatan kepimpinan distributif oleh Guru Pendidikan Islam yang memegang peranan kepimpinan pertengahan. Walaupun KPP diiktiraf sebagai strategi utama pembangunan profesional guru secara kolaboratif, pelaksanaannya di Malaysia masih terhalang oleh budaya hierarki, kekangan masa, dan amalan refleksi yang bersifat mekanikal serta kurang bermakna. Artikel ini berhujah bahawa nilai-nilai Islam yang berteraskan al-Qur’an serta pemikiran sarjana seperti al-Ghazali dan al-Mawardi merupakan asas penting dalam membentuk budaya kerja profesional yang berintegriti, berpaksikan spiritualiti Islam dan lestari. Berteraskan prinsip syura dan muhasabah, satu kerangka konseptual diketengahkan untuk memandu pelaksanaan KPP menerusi pendekatan kepimpinan distributif oleh guru yang berperanan sebagai pemimpin pertengahan termasuk penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, ketua panitia, guru cemerlang serta jurulatih atau fasilitator bidang. Model KPP oleh Hord (1997, 2004) dan Teori Kepimpinan Distributif oleh Gronn (2002) disusun semula agar selari dengan nilai-nilai Islam, demi menjamin pembangunan profesional guru yang berpaksikan etika, spiritualiti dan tanggungjawab kolektif. Pendekatan ini diyakini mampu memacu transformasi ekosistem pembelajaran profesional yang lebih reflektif, inklusif dan berpaksikan nilai. Implikasi terhadap pembangunan latihan guru, penambahbaikan dasar pendidikan, serta pembudayaan kolaborasi profesional yang bermaruah turut dihuraikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

06-06-2025

How to Cite

Rahim, R., Tengku Kasim, T. S. A., & Rekan, A. A. (2025). Syura dan Muhasabah dalam Kepimpinan Distributif oleh Guru Pendidikan Islam: Memperkukuh Komuniti Pembelajaran Profesional. Journal of Islamic Educational Research, 11(1), 11–19. Retrieved from https://jier.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/61653

Issue

Section

Article

Most read articles by the same author(s)