Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools
Keywords:
Garis Panduan, Pembinaan Sahsiah, E-pembelajaran, Pendidikan IslamAbstract
E-pembelajaran atau konsep pembelajaran secara dalam talian merupakan pendekatan baharu dalam pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di Malaysia. Kajian lepas menunjukkan bahawa pengaplikasian e-pembelajaran bagi menggantikan sesi pembelajaran bersemuka secara fizikal di dalam kelas memberikan beberapa implikasi kepada perkembangan sahsiah murid. Ketiadaan garis panduan e-pembelajaran yang khusus dari aspek pembinaan sahsiah murid menyebabkan guru kurang bersedia dan kurang berpuas hati dengan perkembangan sahsiah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui medium e-pembelajaran. Garis panduan e-pembelajaran yang sedia ada kebanyakannya lebih tertumpu kepada pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi. Namun begitu, walaupun garis panduan e-pembelajaran sedia ada telah dikeluarkan namun, didapati pelajar-pelajar masih gagal untuk mengikuti garis panduan tersebut sebagai warga digital yang betul. Ini menunjukkan masih terdapat kelompangan dari segi garis panduan e-pembelajaran sedia ada dalam menjadikan pelajar sebagai warga digital yang berhemah. Oleh itu, dengan menggunakan perisian Nvivo versi 1.7, kajian ini dijalankan terhadap Guru Pendidikan Islam sekolah rendah untuk mengkaji sejauh mana garis panduan e-pembelajaran sedia ada membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab membina sahsiah murid melalui pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan dalam membuat penambahbaikan garis panduan sedia ada bagi tujuan pembinaan sahsiah murid melalui e-pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan permasalahan dan isu-isu yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan e-pembelajaran. Oleh itu, diharapkan cadangan garis panduan pembinaan sahsiah murid sekolah rendah dalam pengaplikasian e-pembelajaran Pendidikan Islam dapat memberi informasi terbaharu kepada guru Pendidikan Islam khususnya yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah murid.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
The published manuscript shall be a copyright of the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. The published manuscript would not represent the stand or opinion of the Advisory Board, Editorial Board, Co-Editorial Board and the Management Team of Journal of Islamic Educational Research (JIER), or the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
Note: This is an open access journal which means that all content is freely available without charge to the user or his/her institution. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission from the publisher or the author. This is in accordance with the BOAI definition of open access.