Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai Pendakwah Kontemporari: Analisis Konseptual terhadap Pendekatan dan Cabaran Dakwah Semasa

Authors

  • Dgku Sh Farhana Ag Ku Jali Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Fareed Awae Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.22452/jier.vol11no2.5

Keywords:

Guru Pendidikan Islam, Dakwah Kontemporari, Cabaran dan Pendekatan, Literasi Digital

Abstract

Perkembangan teknologi dan perubahan sosial yang pesat menuntut guru Pendidikan Islam (GPI) menyesuaikan peranan mereka bukan sekadar sebagai seorang pengajar, tetapi juga sebagai seorang pendakwah yang berupaya membentuk nilai serta sahsiah murid mengikut tuntutan semasa. Walaupun beberapa kajian terdahulu membincangkan peranan dakwah GPI secara berasingan, peranan ini masih belum dikaji secara menyeluruh dari perspektif pendekatan kontemporari yang merangkumi ruang formal dan tidak formal. Artikel ini membincangkan secara konseptual peranan GPI sebagai pendakwah kontemporari dengan meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan dan cabaran yang dihadapi dalam konteks sekolah masa kini. Perbincangan ini turut menekankan bagaimana pendekatan dakwah melalui didikan dan bimbingan boleh dilaksanakan dengan cara yang lebih kreatif dan interaktif, seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Antara cabaran yang dikenal pasti termasuklah beban tugas, kekangan masa, kemahiran digital yang terhad serta pengaruh budaya digital terhadap murid. Artikel ini mencadangkan pengukuhan kemahiran komunikasi, literasi digital dan kecekapan pedagogi sebagai asas memperkasa peranan dakwah kontemporari GPI di sekolah. Kesimpulannya, keberkesanan dakwah GPI bergantung kepada keupayaan mereka menggabungkan ilmu, hikmah dan teknologi secara seimbang agar mesej Islam terus segar dan bermakna dalam dunia pendidikan masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2025

How to Cite

Ag Ku Jali, D. S. F., Tengku Kasim, T. S. A., & Awae, F. (2025). Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai Pendakwah Kontemporari: Analisis Konseptual terhadap Pendekatan dan Cabaran Dakwah Semasa. Journal of Islamic Educational Research, 11(2), 46–56. https://doi.org/10.22452/jier.vol11no2.5

Issue

Section

Article

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>